Selasa, 21 Desember 2010

indahnya kematian


Bagian 1 ~ Panggilan Biarkan aku terbaring dalam lelapku, ke rana jiwa ini telah dirasuki cinta, dan biarkan daku istirahat, kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan siang. Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dup a nan mewangi di sekeliling ranjang ini, dan taburi tubuh ini dengan wangian mel ati serta mawar. Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini dengan wangian, dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis jelas di dahi ini. Biarku istirahat di ranjang ini, kerana kedua bola mata ini telah teramat lelahnya; Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan menyejukkan jiwaku; Ter bangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan tabir lara hatiku. Nyanyikanlah masa-ma sa lalu seperti engkau memandang fajar harapan dalam mataku, kerana makna ghaibn ya begitu lembut bagai ranjang kapas tempat hatiku berbaring. Hapuslah air matam u, saudaraku, dan tegakkanlah kepalamu seperti bungabunga menyemai jari-jemariny a menyambut mahkota fajar pagi. Lihatlah Kematian berdiri bagai kolom-kolom caha ya antara ranjangku dengan jarak infiniti; Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibara n kepak sayap-sayapnya. Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku. Ci umlah mataku dengan seulas senyummu. Biarkan anak-anak merentang tangan-tangan m ungilnya buatku dengan kelembutan jemari merah jambu mereka; Biarkanlah Masa mel etakkan tangan lembutnya di dahiku dan memberkatiku; Biarkanlah perawan-perawan mendekati dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku, dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku.... Khalil Gibran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar