Selasa, 21 Desember 2010

perjamuan jiwa


Cintaku. Bangun! Kerana jiwaku mengalu-alumu dari dasar laut, dan menawarkan padamu sayap-sayap di atas gelombang yang mengamuk Bangun lah, kerana sunyi telah menghentikan derap kaki kuda dan langkah para pejalan ka ki. Rasa kantuk telah memeluk roh setiap laki-laki, sementara aku terbangun send iri, rasa rindu membukakan kertas surat tidurku. Cinta membawaku dekat denganmu, namun kebimbangan melemparkan diriku menjauh darimu. Aku telah membuang bukuku, kerana keluhku mengunci kata-kata dan desah nafasku meninggalkan tempat tidurku , Cintaku, kerana takut pada hantu lupa yang berada di balik selimut.

Aku telah membuang bukuku, kerana keluhku mengunci kata-kata dan desah nafasku m eninggalkan halaman buku yang kosong di depan mataku! Bangun, bangunlah, Cintaku dan dengar diriku! Aku mendengarkanmu, Cintaku! Aku mendengar panggilanmu dari lautan lepas dan merasakan lembutnya sentuhan sayapmu. Aku telah jauh dari ranja ngku, beranjak ke tanah lapang, hingga embun membasahi kaki dan bajuku. Di sinil ah aku berdiri, dibawah bunga-bunga pohon badam, memenuhi panggilan jiwamu. Bica ralah padaku, Cintaku, dan biarkan nafasmu menghirup angin gunung yang datang pa daku dari lembah-lembah Lebanon. Bicaralah. Tak ada yang akan mendengar selain d iriku. Malam telah melarutkan semua manusia ditempat tidurnya. Syurga telah meny ulam cahaya rembulan dan menghamparkannya ke seluruh daratan Lebanon, Cintaku. S yurga telah meriasnya dengan bayangan malam, jubah tebal membentang dihembus asa p dari cerobong kain, dihembus nafas kemari, dan mengelarnya di telapak kota, Ci ntaku. Para penduduk telah pulas menganyam mimpi di ubun-ubunnya di tengah pohon -pohon kenari. Jiwa mereka mempercepatkan langkah mengejar negeri mimpi, Cintaku . Lelaki-lelaki longlai menggendong emas, dan tebing curam yang akan dilalui mel emaskan lutut mereka. Mata mereka mengantuk kerana dililit kesulitan dan ketakut an. Mereka melemparkan tubuh ke tempat tidur sebagai tempat berlindung dari hantu-hantu yang menakutkan dan mengerikan, Cintaku. Hantu-hantu dari masa lalu berk eliaran di lembah-lembah. Jiwa para raja melintasi bukit-bukit. Fikiranku yang b erhias kenangan menyingkap kekuatan bangsa Chaldea, kemegahan Arab. Di lorong-lo rong gelap, jiwa-jiwa pencuri yang tegap berjalan, muncungmuncung nafsu ular ber bisa muncul dari celah-celah benteng, dan rasa sakit berdengung kematian, muntah -muntah sepanjang jalan. Kenangan menyingkap tabir kelupaan dari mataku dan namp aklah Sodom yang menjijikkan, serta dosa-dosa Gomorah. Ranting-ranting berayun-a yun, Cintaku, dan desirnya bertemu dengan alunan anak sungai di lembah. Syair-sy air Sulaiman, nada kecapi Daud dan lagu Ishak Al-Mausaili terngiang-ngiang di te linga kami. Jiwa anak-anak yang lapar di penginapan menggelupur, ibunya mengeluh di

atas kamar kesedihan, dan kekecewaan telah jatuh dari langit. Mimpi-mimpi kebimb angan melanda hati yang lemah. Aku mendengar rintihan pahitnya. Semerbak bunga m elambai seiring nafas pohon-pohon cedar. Terbawa angin sepoi-sepoi menuju perbuk itan, harum itu mengisi jiwa dengan kasih sayang dan meniupkan kerinduan untuk t erbang. Tetapi racun dari rawa-rawa jug berkelana mengepul bersama penyakit. Sep erti panah rahsia yang tajam, racun itu telah menembusi perasaan dan meracuni ud ara. Tanpa kusedari matahari telah mengilaukan cahaya pagi, Cintaku, dan jari-ja ri timur yang lentik menimang mata-mata orang yang terlelap. Cahaya itu memaksa mereka untuk membuka daun jendela dan menyelak hati dan kemenangan. Desa-desa, y ang sedang tertidur dalam damai dan tenang di pundak-pundak lembah, bangun, loce ng-loceng berdenting memenuhi angkasa sebagai panggilan untuk mula berdoa. Dan d ari gua-gua, gema-gema juga berdengung, seolah-olah seluruh alam sedang berdoa b ersama-sama dengan khusyuknya. Anak-anak sapi telah keluar dari kandangnya, biri -biri dan kambing meninggalkan bangsalnya untuk menuai rumput yang berembun dan berkilatan cahaya. Penggembalanya mengikuti dari belakang sambil mengamatinya di balik lelalang. Di belakangnya lagi gadis-gadis bernyanyi seperti burung menyam but pagi. Kini tangan siang hari yang perkasa terbaring di atas kota. Tirai tela h diselak dari jendela dan pintu pun terbuka. Mata yang penat dan wajah lesu par a penjahit telah siap di tempat kerjanya. Mereka merasakan kematian telah melang gar batas kehidupan mereka, dan riak muka yang layu mempamerkan ketakutan dan ke kecewaan. Di jalanan padat dengan jiwa-jiwa yang tamak dan tergesa-gesa, dan di mana-mana terdengar desingan besi, pusingan roda dan siulan angin. Kota telah me njadi arena pertempuran di mana yang kuat menindas yang lemah dan si kaya mengek sploitasi dan menguasai si miskin. Betapa indah hidup ini, Cintaku, seperti hati penyair yang penuh dengan cahaya dan kelembutan hati. Dan betapa kerasnya hidup ini, Cintaku, seperti dada penjahat, yang berdebar-debar kerana selalu merasa b imbang dan takut. Khalil Gibran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar