Selasa, 21 Desember 2010

setitik airmata dan seulas senyuman


Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagi
aan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman. Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menar ikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepad a tuhan. Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas senyu m menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan. Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan pu tus asa. Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwak usetelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar

keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis. Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerind uannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman mata hari. Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis air mata dan seulas senyuman. Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpa l mega. Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angi n sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya. Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan. Bagai setitis airmata seulas senyuman. Dan, kemudian j iwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan. Menuju samudera cinta dan keindahan - kepada Tuhan. Khalil Gibran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar