Selasa, 21 Desember 2010
kasih sayang dan persamaan
Sahabatku yang papa, jika engkau mengetahui, bahawa Kemiskinan yang membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan dan pengertian tentang Kehidupan, maka engkau pasti berpuas hati dengan nas ibmu. Kusebut pengetahuan tentang Keadilan : Kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta utk mencari pengetahuan. Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan : Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran. Bergembiralah, sahabatku yang papa, kerana engkau merup akan penyambung lidah Keadilan dan Kitab tentang Kehidupan. Tenanglah, kerana engkau merupakan sumber kebajikan bagi mereka yang memerintah terhadapmu, dan tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu. Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerang i hatimu, dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu, dan engkau akan memand angnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana. Kehidupan ialah suatu rant ai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan. Duka merupakan salah sa tu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan masa depan. Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah. Sahabatku yang papa, Kemiskinan m enyalakan api keagungan jiwa, sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. D uka melembutkan perasaan, dan Suka mengubati hati yang luka. Bila Duka dan kemel aratan dihilangkan, jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong, hanya memp erlihatkan kemewahan dan kerakusan. Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah peribad i sejati Manusia. Tidak dapat ditukar dengan emas; tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan, dan mendakap erat emasnya.
Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan Keimananmu, dan hanya mengejar ke puasan diri dan kesenangan semata. Orang-orang papa yang kusayangi, saat bersama isteri dan anak sekembalinya dari ladang merupakan waktu yang paling mesra bagi keluarga, sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang. Ta pi hidup orang yang senang bermewahmewahan dan mengumpul emas, pada hakikatnya s eperti hidup cacing di dalam kuburan. Itu menandakan ketakutan. Air mata yang ku tangiskan, wahai sahabatku yang papa, lebih murni daripada tawa ria orang yang i ngin melupakannya, dan lebih manis daripada ejekan seorang pencemuh. Air mata in i membersihkan hati dan kuman benci, dan mengajar manusia ikut merasakan pedihny a hati yang patah. Benih yang kautaburkan bagi si kaya, dan akan kau tuai nanti, akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. Dan dukacita yang kausan dang, akan dikembalikan menjadi sukacita oleh kehendak Syurga. Dan angkatan mend atang akan mempelajari Dukacita dan Kemelaratan sebagai pelajaran tentang Kasih Sayang dan Persamaan. (Dari 'Suara Sang Guru') Khalil Gibran PERSAHABATAN Dan se orang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab : Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang k au taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pula lah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan menca rinya saat jiwa mahu kedamaian. Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, ka u tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyemb unyikan kata "Ya". Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan kei nginan
dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala be rpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi d alam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gu nung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran. Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Ker ana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , te tapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan. Dan per sembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, bi arlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau senti asa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk ber sama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, buka n mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar