Selasa, 21 Desember 2010
perenggan 13
Seorang ahli pidato maju ke depan; bertanyakan masalah kebebasan. D ia mendapat jawapan; Telah kusaksikan, di gerbang kota maupun dekat tungku perap ian, dikau bertekuk lutut memuja Sang Kebebasan. Laksana hamba budak merendahkan diri di depan sang tuan, si zalim yang disanjung puja, walaupun dia hendak meni kam. Ya, sampaipun di relung-relung candi, dan keteduhan pusat kota, kulihat yan g paling bebas pun diantara kalian, mengendong kebebasannya laksana pikulan, men genakannya seperti besi pembelenggu tangan. Hatiku menitikkan darah dalam dada, kerana kutahu, bahawa kau hanya dapat bebas sepenuhnya, pabila kau dapat menyeda ri; bahawa keinginan untuk kebebasan pun, merupakan sebentuk belenggu jiwamu. Ha nya jikalau kau pada akhirnya, berhenti bicara tentang Kebebasan, sebagai suatu tujuan dan sebuah hasil perbincangan, maka kau akan bebas, bila hari-hari tiada kosong dari beban fikiran, dan malam-malammu tiada sepi dari kekurangan dan kese dihan. Bahkan justeru Kebebasanmu berada dalam rangkuman beban hidup ini, tetapi yang berhasil engkau atasi, dan jaya kau tegak menjulang tinggi, sempurna, terl epas segala tali-temali.
Dan bagaimana kau kan bangkit, mengatasi hari dan malammu, pabila kau tak memata hkan belenggu ikatan, yang di pagi pengalamanmu, telah engkau kaitkan pada ketin ggian tengah harimu? Sesungguhnyalah, apa yang kau namai Kebebasan, tak lain dar i mata terkuat diantara mata rantai belenggumu, walau kilaunya gemerlap cemerlan g di sinar suria, serta menyilaukan pandang matamu. Dan sedarkah engkau, apa yan g akan kau lepaskan itu? tiada lain adalah cebisan dari dirimu, jikalau kau hend ak mencapai kebebasan yang kau rindu. Pabila yang akan kau buang itu, suatu huku m yang tak adil, akuilah bahwa dia telah kau tulis dengan tanganmu sendiri, sert a kau pahatkan diatas permukaan keningmu. Mustahil kau akan menghapusnya, dengan hanya membakar kitab-kitab hukummu, tak mungkin pula dengan cara membasuh kenin g para hakimmu, walau air seluruh lautan kaucurahkan untuk itu. Pabila seorang z alim yang hendak kau tumbangkan, usahakanlah dahulu, agar kursi tahtanya yang ka u tegakkan di hatimu, kau cabut akarnya sebelum itu. Sebab bagaimanakah seorang zalim, dapat memerintah orang bebas dan punya harga diri, jika bukan engkau send iri membiarkannya, menodai kebebasan yang kaujunjung tinggi, mencorengkan arang pada harkat martabat kemanusiaanmu peribadi?
Pabila suatu beban kesusahan yang hendak kautanggalkan, maka ingatlah bahwa beba n itu telah pernah menjadi pilihanmu, bukannya telah dipaksakan diatas pundakmu. Bilamana ketakutan yang ingin kau hilangkan, maka perasaan ngeri itu bersarang di hatimu, bukannya berada pada dia yang kau takuti. Sebenarnyalah, segalanya it u bergetar dalam diri, dalam rangkulan setengah terkatup, yang abadi; antara; ya ng kauinginkan dan yang kau takuti, yang memuakkan dan yang kausanjung puji, yan g kaukejar-kejar dan yang hendak kau tinggal pergi. Kesemuanya itu hadir dalam d irimu selalu, bagaikan Sinar dan Bayangan, dalam pasangan-pasangan, yang lestari berpelukan. Dan pabila sang bayangan menjadi kabur, melenyap hilang, maka sinar yang tinggal, wujudlah bayangan baru, bagi sinar yang lain; demikianlah selalu. Seperti itulah pekerti Kebebasan, pabila ia kehilangan pengikatnya yang lama, m aka ia sendirilah menjadi pengikat baru, bagi Kebebasan yang lebih agung, sentia sa. Khalil Gibran
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar